Assalamualaikumwbt
Selamat pagi diucapkan kepada semua pembaca blog
saya.Hari ini post saya berkenaan dengan CINTA.Apakah yang
dimaksudkan dengan CINTA?Persoalan itu hanya mampu dijawab oleh orang yang
hanya percaya akan CINTA.Pada era globalisasi ini,tidak ramai manusia yang percaya akan CINTA.Mengapakah hal ini berlaku?Jawapannya mereka tidak pernah memahami apakah
yang
dimaksudkan denganCINTA.Bukan itu sahaja,segelintar manusia mempunyai pengalaman buruk dalam percintaan.Hal inilah
yang menjadi pendorong seseorang tidak mempercayai CINTA.CINTA bagi saya adalah suatu perasaan
yang suci tulusdatangnya dari hati.CINTA tidak seharusnya memiliki,
tetapi cinta juga adalah pengorbanan.Pengorbanan disini bermaksud kita mengobankan perasaan kita hanya untuk melihat seseorang
yang kita amat cintai bahagia.
Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya.Saya amat meminati seorang perempuan
yang bagi saya cukup cantik dan baik.Malangnya, CINTA
saya hanya bertepuk sebelah tangan.Perempuan tersebut mencintai lelaki lain.Tidak mengapa,
mungkin bukan jodoh saya.Saya berpegang teguh dengan prinsip saya bahawa CINTA
tidak semestinya harus memiliki.Bagi saya,kebahagiaan saya terletak pada perempuan itu.Sekiranya dia bahagia,
InsyaAllah saya bahagia. Memanglah perit melihat seseorang yang
kita amat cintai bersama orang lain,tetapi amatlah bahagia melihat orang yang
kita cintai sedang berbahagia. Secara tidak langsung,kebahagiaannya menjengah sebentar ke dalam diri saya.Baru-baru ini saya telah meluahkan perasaan saya.Alangkah berbahaginya
saya mendengar kata-kata yang terbit dari mulutnya. “Kalau ada jodoh,kita tak kemana”.
Ungkapan ini telah membuatkan saya berharap agar kami dapat bersama pada suatu hari nanti.
Intihanya,kata-kata
saya untuk awak ialah saya amat mencintai awak selamanya.Walaupun saya tahu awak tidak menyayangi saya sepertimana saya menyayangi awak,tetapi cinta saya terhadap awak tidak pernah pudar.
Cinta saya pada awak seterang cahaya matahari yang amat terang tiada yang
mampu menghalang sinarnya.Saya berharap awak dapat menerima saya suatu hari nanti.Semoga cinta saya terhadap awak tidak akan pernah padam.
Anything for you my sunshine. I would
cry a million tears and walk a million miles just to be with you.My love for
you never die even the last petal fall. I am sorry but I LOVE YOU..
No comments:
Post a Comment