Hari Raya yang Penuh Berkat

Assalamualaikum..

Apa khabar antum semua??Alhmdulillah sebulan sudah kita berpuasa..kini syawal menjelma.sayu rasa hati in bila Ramadhan kareem meninggalkan kita..In shaa Allah jika umur panjang tahun depan bersua kembali..seperti insan lain,,ana pun menyambut hari lebaran..tetapi ana sambut dengan penuh kesederhanaan..ana tidak banyak membeli-belah tahun ni..kerana ana sudah mengeluarkan belanja besar untuk melanjutkan pelajaran ana di Uitm..

Ana nak berkongsi cerita ana tentang Aidilfitri kali ini..Seperti tahun sebelum ini,malam raya ana akan membawa keluarga ana berbuka puasa di luar.itu salah satu cara ana ekspressikan rasa kasih dan sayang ana terhadap keluarga..Dalam perjalanan ana dan keluarga pulang ke kampung di Tapah, ana akan mengajak Ayah ana untuk singgah sebentar di KFC..Alhamdulillah ana dapat menunaikan hajat ana untuk membelanja keluarga ana..rezeki Allah harus di kongsi bersama..

Selesai cerita malam raya..Pagi raya macam biasa ana takkan melepaskan peluang untuk solat sunat hari raya..solat sunat ni setahun sekali ja..sayang rasanya kalau ana tak ambil peluang ni..ana pergi menaiki kereta bersama keluarga..selesai solat sunat aidilfitri ,kami pulang ke rumah..bermula lah sesi bermaafan..ana takkan lepaskan peluang untuk memohon ampun dan maaf terhadap keluarga ana..banyak salah ana terhadap keluarga..selesai kami bersalaman,,kami mengenakan baju raya kami yang serba sederhana..Alhamdulillah kami memilih tema hitam dan unggu..

Hari raya kedua ana,ana pergi beraya umah pak long ana di Temoh,Perak.ana dan keluarga berangkat sebelum solat jumaat..agar tidak mengganggu solat jumaat ana dan ayah.alhamdulillah ana sampai beberapa jam sebelum solat jumaat..setelah selesai solat jumaat,kami menyambung 'Baraan' kami ke rumah saudar mara.Malam raya kedua ana terpaksa pulang ke Sabak bernam..Alangkah sayu nya hati ana meninggalkan nenek tercinta..

disini ana kepilkan kenangan kami bersama..harap antum mempunya raya yang penuh barakah..ameen:
sewaktu berbuka puasa
hari raya pertama
hari raya kedua


diharap rakan-rakan ana beraya dengan penuh kesederhanaan dan berlandaskan syariah islam.. in shaa allah..ana akhiri coretan ana dgn ucapan assalamualaikum ..

No comments:

Post a Comment