Seusai sahaja Sijil Peperiksaan Malaysia kami dipisahkan oleh jarak. Namun itu semua tidak menjadi halangan. Pada awal Januari Aku diterima bekerja sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah tempatan. Setelah sebulan bekerja Aku mendapat panggilan dari Bonda si Iman. Bonda berhasrat untuk megikat kami dengan tali pertunangan. Tanpa berfikir panjang aku terus setuju. Bonda menggesa Aku untuk membawa ahli keluargaku untuk bertatap muka dan berdiskusi. Akhirnya sebuah kata sepakat telah dicapai. Kami diputuskan untuk bertunang pada 24 Februari. Semua berubah setelah ikatan pertunangan terjalin. Kami lebih serius dalam perhubungan.Semuanya berlandaskan kematangan otak berfikir. Tiada pertelingkahan berlaku sepanjang pertunangan ini dijalinkan.
Aku diterima untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan. Sekali lagi kami di uji dengan jarak yang memisahkan. Namun itu semua bukan halangan bagi kami untuk meneruskan pertunangan ini. Bulan-bulan pertama di universiti tiada masalah yang timbul di antara kami. Sehingga lah.......Selepas keputusan peperiksan akhir semester satu diumumkan, aku mendapat panggilan dari Bonda si Iman. Bonda menggesa aku untuk nikah Khitbah dengan Iman. Atas alasan yang Iman akan melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Univeristi di Jordan. Tanpa berfikir panjang aku menolak permintaan bonda. Ini kerana agak mustahil untuk aku menikahi Iman dengan keadaan ini. Kami akan terpisah beribu batu dan ini akan menyulitkan lagi hubungan kami. Akhirnya Bonda bersetuju untuk menangguhkan pernikahan itu pada hujung tahun hadapan.
Setelah beberapa bulan Iman di sana. Aku menyedari perubahan yang berlaku. Iman sudah berani untuk menelefon ku atau lebih dikenali "on the phone" . Sedari aku Iman bukan lah seorang gadis yang begitu. Aku cuba untuk positif mungkin Iman keseorangan di sana. Hari demi hari berlalu. Makin banyak perubahan yang berlaku. Iman mula berani meninggikan suaranya. Tidak mengapa, aku masih positif. Mungkin Iman tertekan dek kesibukan dalam menuntut ilmu. Walau kami sering bertengkar atasa perkara yang kecil, tapi aku masih bersabar dengan karenah Iman. Kerana apa? Kerana sayang nya aku terhadap Iman. Kami sudah melakukan persiapan awal pernikahan kami dengan memelih busana yang akan diperagakan sewaktu hari pernikahan. Iman berkeras untuk membeli busana tersebut bukan nya menyewa nya. Tidak mengapa ku turutkan sahaja permintaan nya.
Sehingga lah satu hari kami bertengkar agak besar kerana perkara yang bagi aku sangat tidak munasabah. Iman menggesa aku untuk menziarahi nya di Jordan. Dek kerana sayang aku terus menempah tiket pergi dan balik ke Jordan. Barangkali rezeki aku, aku berjaya mendapatkan tiket dengan harga serendah RM5k. Yang menjadi permasalahannya ialah Iman membatalkan niat nya untuk tidak pulang ke Malaysia pada tarikh tersebut. Dengan rasa amarah aku memarahinya. RM5k bukanlah nilai yang kecil. Lagi sekali dek kerana sayang aku mengalah. Aku batalkan sahaja tiket penerbangan tersebut. Alhamdulillah tiket itu berjaya dijual kepada seseorang yang memerlukannya. Demi menjaga tali pertunangan ini aku sanggup melakukan apa sahaja.
Sehingga lah satu ketika Iman keluar ke perpustakaan dengan jejeka lain. Aku menasihatinya supaya berhati-hati. Tetapi aku di bentak sebagai balasannya. Tidak mengapa sayang punya cerita aku diamkan sahaja. Keesokkannya, Iman keluar berdua untuk makan tengahari. Aku tidak memeberikan reaksi yang negatif sebaliknya mengucapkan selamat menjamu selera. Tapi sekali lagi aku dibentak. aku dituduh cemburu buta. Walhal langsung tidak ku nyatakan apa". Sehinggalah satu malam Iman menyatakan yang dia akan bermalam di kediaman jejaka itu. Tanpa berfikir panjang aku terus memarahi Iman. Amatlah tidak manis lagi sopan seorang gadis bermalam di rumah lelaki ajnabi. Aku dibentak lagi dan lagi oleh Iman. Sehingga lah Iman memutuskan panngilan nya.
Tanpa disangka, keesokan hari nya Iman ingin memutuskan tali pertunangan kami. Aku semacam tidak percaya dan terkesima seketika. Katanya aku bukan yang terbaik untuk nya. Aku cuba untuk mempertahankan pertunangan ini. tapi aku gagal. Iman bertegas untuk memutuskan pertunangan ini. Aku mengambil keputusan untuk pergi bertemu ayah dan Bonda nya. Memang tidak disangka yang Iman mengugut bapanya sekiranya pertungan ini diteruskan Iman tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Iman memilih lelaki yang baru sahaja dikenalinya. Aku redha dan pulang dengan hati yang pecah dan berkecai. Pada sebelah malam, aku dimasukkan ke hospital kerana terlalu memikirkan masalah ini. Aku ditahan semalaman di hospital. Aku nekad melarikan diri dari hospital dan pulang ke universiti. cerita tidak berakhir disini......
Lebih memeranjatkan lagi seminggu selepas tali pertunangan ini diputuskan, Iman menikahi lelaki yang baru sahaja dikenali nya sewaktu di Jordan. lelaki itu warganegara Jordan. Aku luluh dan putus harapan. Hati aku bagai di hiris sembilu dan sukar di jelaskan perasaanku ketika itu.Siang dan malam aku menagisi apa yang telah terjadi. Tetapi aku beruntung sebab aku masih ada kawan-kawan yang baik lagi setia. Meraka berada dikala jatuh dan bangun aku. Untuk merawat hati ini mungkin memakan masa. mungkin juga tidak mapu dirawat. aku ikhlaskan apa yang terjadi. Tetapi Iman memburukkan keadaan apabila menggesa aku memulangkan barang hantaran yang diberi oleh nya. Aku seperti di panah petir sewaktu Iman meminta aku memulangkannya semula. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju.
Tidak lama kemudian, aku dijemput ke majlis perkahwinan nya yang dilakukan serba serbi sahaja. Pada mula nya aku enggan untuk menghadiri majlis tersebut. tetapi aku di dorong oleh sepupu aku untuk menghadiri majlis tersebut. Ke kerah semua kekuatan yang ada. Setelah tiba di kediaman Iman.Hati aku berkecai melihat Iman bersama suami nya. kelihatan begitu mesra sekali. Aku memujuk diri ku supaya kuat untuk menghadapi semua ini. Ku dekati Iman dan suami nya dan Ku kerah semua kekuatan untuk mengucapkan tahniah. Akhirnya aku pulang membawa hati yang hancur dan membawa sejuta kenangan kami bersama yang tidak akan dapat dilupakan.. maaf Iman sekiranya aku tidak sempurna untuk menjadi Zauj mu.. sekian ..
p/s : Cerita ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang mati..